tengok sini

Thursday, 23 August 2012

ASALAMMULAIKUM


RAYA taun nie agak x menyeronokan disebab oleh kekurangan keberolehan duit raya.hahha..dari raya pertama sehingga raya keempat aku hanya mampu mengumpul rm2 untuk duit raya.hahhaa.sungguh menyedihkan.tidak sama dengan raya pada zaman kanak-kanak dahulu.baru kusedar semakin besar semakin berkurangan keewangan pada raya..hahaha.apa pon aku dah besar,,bukan lagi dapat duit raya tapi kena bawa keluaq duit raya untuk anak sedara yang ramai nie.hahahha.apa pon bersyukur lah rm2 pon jadilah...bangga gila aku.sekarang x sedih dah.hahahha


RM2 TERBAIK LAH RAYA




APA PON AKU ADA KORANG ADEW??
HAHHAHAHA

ASALAMMULAIKUM


hai apa khabar ari nie aku p kenduri kat umah kampung belah ayah aku kat bota berhampiran ngan titi gantong dekat dengan bandar seri iskandar..

perjalanan mula dalam jam 8 pagi sampai dalam jam 11.30..
lama nak sampai sebab jalan jem n sebab ada satu kejadian yang x diingini iaitu tayar kereta dimasuki skru sepanjang 5 cm ...pergh dalam gila..time 2 dah nak sampai kat Beruasa dah pon.selamat lah dekat dah ngan kedai kalau tdk tadi susah lah.buakan apew sebab soket no17 x dak so x leh bukak nat kat kereta 2..selamat kedai hardware dekat..alhamdulillah x lama kemudian selesai siapakan guna tayar simpanan dlu.

setibanya kat umah kenduri.makan terus kat kenduri lauk pergh gila sedap.ikan keli masak sambal,pajeri nenas ,acar buah air limau n buah limau.pergh sedap n selera..
lepas makan terus gerak p cari kedai kereta plk nak setelkan tayar nie.
alhamdulillah kat kedai dunlop hahaha.adew bolh tampung tayar..selamat2.jauh jugk lah cari dekat ngan bandar seri iskandar jugk lah cari..kalau x dak tadi lepas ipoh jugk lah.hahaha
lepas siap tu kami balik terus umah acu kat ngan umah kenduri nie.mandi ,solat,makan kuih raya..hehehehe.

dalam jam 3 stgh kami gerak blik ke parit buntar..seblum tu kami singgah umah sepupu lagi dekat2 area situ jugk la.lepas jumpa2 balik terus..

sebelum balik 2 dapat jugk lah snap gambaq skit buat kenangan

:-)


mak saya ngan anak acu saya

SEKIAN CERITA SAYA
HOOOOO




Monday, 20 August 2012

HARI RAYA

ASALAMMULAIKUM




apa kabar korang semua selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin
macam mana raya korang best?
dapat duit raya x?
balik kampung mana?
main bunga api x?
tolong mak x ?
jumpa atok2 korang x?
rumah terbuka korang buat x?
banyak kuih raya x?
lemang ada x?
almond london ada x?

yang penting BAJU RAYA ada x?

hehehehe
..


apa favourite kuih korang pada hari raya?
almond?
mazola?
putri salju?
haha
x tau nama kuih dah makan pandai lah.hehehe


nie hari raya keluarga saya 

KELUARGA MUHAMMAD LATIF BIN YAHYA



nie gambar anak akak aku anak yang kedua nama dia AKMAL FAIZ.
nak tgk dia senyum susah skit.hahha..but cute sgt.gigi x dak lagi.heheh



nie kakak kepada AKMAL FAIZ nie nama dia LYANA FARZANA.umur dia dalam 7 tahun.kalau baca buku bukan main laju lagi.hahah.pandai.




nie nama dia DANISH anak abag aku yang no satu ..dia nie anak bongsu lah anak last.dia nie tadika lagi..dah dua kali dah masuk tadika.pandai2.




nie nama dia FAKHRI.abag kepada danish nie.dia dah darjah 3 rasanya.dia sekolah parit haji wahab.tera main catur ada BRAN lawan lah dia..dia cuma kalah ngan ayah dia ja sebab ayah dia main siko.hahaha..tapi memg tera dia main.




nie nama dia NAZIFA kami panggil kakak jew.dia kakak kepada danish dan fakhri. dia dah darjah 6 dah tahun nie dia UPSR.hahaa.raya-raya gak baca buku tu.hahah.semoga berjaya dalam UPSR 5A.




nie AMIN.anak maksu .adek mak saya lah..dia nie asal kedah tapi tinggal sebelah umah aku.dia rapat ngan keluarga kami..abg2 dia pandai2.hahaha




nie paksu dia MUHAMMAD LATIF .hahaha.x dak benda nak huraikan.hahahhaa






nie lah serba sedikit pasal hari raya kelurga aku..amacam ngan keluarga korang.hehehe
ceritakan n kongsi pada saya.hehehe

WALAIKUMMUSALAM

Wednesday, 8 August 2012







ASALAMMULAIKUM

hai kawan2 semua sedar x sedar dah hari ke 20 dah kita berpuasa kan.just tinggal dalam 10 atau 9 hari lagikan kita berpuasa.

apa yang korang tau ada pada malam ke sepuluh ramadhan terakhir  nie ?

buat kuih,
siapkan baju raya,
main mercun

tapi ada yang  lebih baik dari semua nie kan..
kerana terdapatnya iaitu malam LAILATUR QADAR.malam yang lebih baik dari seribu bulan kan.
pada malam nie sesiapa yang dapat upama dia beribadat selama seribu bulan bersamaan 80 tahun
dia beribadat .

jadi berebutlah untuk dapatkan malam nie yer. 


Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain.

Daripada Aishah r.a telah berkata : “Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan , baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan)” .( Muttafaqun alaih)

Dengan tegas Nabi Muhammad (s.a.w.) berkata:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. (رواه البخاري)
- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w sabdanya: " .. Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang (dan pelbagai jenis ibadat yang lain) (1), sedang ia beriman (2) dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu". (3).
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari).


“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan iman dan menghitung-hitung kelalaian diri, akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.” Menurut satu riwayat lagi: “Dan dosa yang akan datang.”
(Hadis: Dirawikan oleh Bukhari dan Muslim).

Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :
“Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :’Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu’ – [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].
Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :
“Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya’ berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.
Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :”Barangsiapa yang bersolat Isya’ berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami’ Saghir – 6341).
Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya’, adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :
“Barangsiapa yang solat Isya’ berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya’ dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama – 6342).”
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.

Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :-
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hazrat ‘Ubadah Bin Samit رضي الله عنه telah bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tentang Lailatul Qadr. Lalu Baginda bersabda, “lanya berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh yang akhir.
Sesungguhnya ia berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23, 25, 27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan.
Sesiapa yang bangun beribadat padanya dengan iman dan niat untuk mendapatkan ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan.
Di antara tanda-tandanya ialah keadaannya terang dengan langit yang bersih, tenang lagi sunyi, lidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk.
Seolah-olah bulan sedang memancar (kerana banyak Nur kerohanian).
Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi.
Di antara tanda-tandanya lagi ialah sesungguhnya matahari akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat. la terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama.
Allah سبحانه وتعالى telah mengharamkan syaitan keluar bersamanya pada hari itu. (Sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit.)
(Hadith riwayat Ahmad, al-Baihaqi, Muhammad bin Nasr dan lain-lain – Durrul Manthur)


bagun lah pada malam tunaikan solat 



malam-malam yang dijangkakan turunnya lailatur qadar



sketsa kartun