tengok sini

Monday 30 July 2012

BULAN PUASA

ASALAMMULAIKUM






dibulan ramadhan yang mulia nie paginya kita menahan diri kita dari lapar dan dahaga serta menjag nafsu kita.

so pada malam hari pulak kita beribadat kepadNYA pula untuk mendapat pahala yang berlipat gandanya dari malam bulan-bulan yang lain iaitu SOLAT SUNAT TARAWIH.

sepanjang bulan berpuasa 10 malam terakhirnya terdapatnya malam yang lebih baik dari seribu bulan,pada malam itu jika kita dapat beribadat maka kita akan dapat ganjaraan yang berlipat-lipat-lipat kali ganda malam yang lebih baik dari seribu bulan

so x rugi kan kerjakan amal ibadat masa bulan nie

jom kita tengok apa keistimewaan yang terdapat pada setiap hari yang kita pergi sembahyag tarawih:

Kelebihan Sembahyang Tarawih Malam 1 Hingga 30


malam ke-1


Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

malam ke-2

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

malam ke-3

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

malam ke-4

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


malam ke-5

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

malam ke-6

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

 malam ke-7

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

malam ke-8 

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

malam ke-9
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
malam ke-10

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

malam ke-11

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

malam ke-12

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

malam ke-13

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas  
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam 
keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan 
dan keburukan.

malam ke-14

Kelebihan Solat Tarawih Malam 
Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

malam ke-15

Kelebihan Solat Tarawih Malam KelimabelasSemua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

malam ke-16

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

malam ke-17

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

malam  ke-18

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

malam ke-19

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

malam ke-20

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

malam ke-21

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

malam ke-22

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

malam ke-23

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

malam ke-24

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

malam ke-25

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

malam ke-26

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

malam ke-27

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

malam ke-28

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

malam ke-29

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

malam ke-30

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.



so korang fikirlah baik buat kan dari dok relex ja

Saturday 28 July 2012

ASALAMMULAIKUM

Tadi jam 1.11pm saya ada search satu kisah tentang nabi musa dengan ALLAH dan dengan seorang pemuda yang beribubapakan babi..jadi kalau korang nak dengar kisah nie korang kenalah baca kisah kat bawah nie x rugi apa2 pon kalu korang baca kan malah dapat kesedaran lagi..


meh kita baca sama2..



Pemuda beribu bapakan babi


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

 Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.


sebagai pengajarannya kita sebagai anak hendak lah sentiasa menemani ibubapa kita walau macam mana pon seklai meraka..ini kerana mereka lah yang melahirkan kita dan sentiasa menjaga kita diwaktu susah atau pon senang.

berbaktilah kepada mereka..






              IBU BAPA TIADA GANTINYA..




Friday 20 July 2012

PHOTOSCAPE PON BOLEH

ASALAMMULAIKUM


hai korang semua ari nie saya nak ceta skit ,rupanya photoscape pon seng jugk nak edit gambaq dari photoshop tapi ada lah kelebihan n kekurangannya dari photoshop..

senag jugk guna photoscape nie..hahaha

nie hasl dia

korang try lah edit guna photoscape ..muda n senag




blur bahagian tepi but fokus kat tengah-tengah


\


hitam kat bahgian tepi2 but cerah at tengah2



CUBA LAH BUAT KORANG MUDAH JEW


Tuesday 17 July 2012

KAMERA IMPIAN KU



KAMERA OH KAMERA













ASALAMMULAIKUM

bila cakap pasal camera sekarang nie mesti semua pandang DSLR jew kan tapi camera yang dulu2 pon banyak berjasa jugk kan..hahahha.cuma ketinggalan zaman sikit lah kan pada zaman nie kan....


camera DSLR sekarang yang org dok gilakan nie.

gadget yang dok menaik sekarang nie macam cendawan tumbuh selepas hujan


kalau yang jenis yang lama cam nie lah kamera dia..



KAMERA LAMA











tapi sekarang dah zaman dah maju kan..hhmmmm..biasa lah dunia dah berubah..

jenama yang sekarang nie dok menaik


NIKON

CANON (EOS)

SONY

OLYMPUS



Tapi kenbanyakakn orang minat kat nikon lah pasai apa x tau an?

bagi aku pon nikon jugk x tau lah kenapa yer,my be sebab first aku pegang kamera dslr aku pegang yang jenis nikon nie kot sebab tu aku suka yang jenis nie..


KORANG MINAT YANG MANA??





NIKON





CANON





SONY




OLYMPUS


KORANG NAK MANA PILIH JA AND BUAT KEPUTUSAN YANG TERBAIK.

HEHEHEHEH


THANK FOR WATCHING


:-)


KLICK N KLICK YER


WASALAMMULAIKUM


Thursday 12 July 2012

KARYA SAYA KARYA KORANG BILA???


Asalammulaikum 

korang suka photography kan?

jom tengok nie?

korang leh letak jugk hasil korang kat sini?

bg link gambaq korang tu,nama korang,dan model camera korang..

nanti aku masokkan dalam blog aku nie yer,,

harap adalah yang bagi yer..

x kisahlah macam na pon gambaq korang tu.


nie gambaq yang aku ambil semalam n model aku nikon D90.




f/5
exposure time 1/500 sec
nikon d90



f/5.6
exposure time 1/250 sec
nikon D90



f/5.6
exposure time 1/320 sec
nikon D90



F/5.6
exposure time 1/500 sec
nikon D90



F/4.8
exposure time 1/640 sec
nikon D90



f/4.5
exposure time 1/640
nikon D90



f/4.8
exposure time 1/2000 sec
nikon D90



f/5.6
exposure time 1/320 sec
nikon D90

SEMUA GAMBAR YANG DI AMBIL TIDAK MENGGUNAKAN FLASH.

KAWAN-KAWAN CUBA LAH YER..